Pameran Jiwa Merdeka Ogos Ini
KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024, artis seni halus terkenal Lui Cheng Thak akan memperkenalkan siri terbarunya, ‘Jiwa Merdeka’ di Galeri Pinkguy di sini dari 8 hingga 30 Ogos.
Pameran ini mempamerkan warisan budaya dan seni bina Malaysia, mencerminkan tema rasmi 2024 dan sejajar dengan komitmen kerajaan terhadap pembangunan dan perpaduan negara.
Liu berkata siri ini menggambarkan perjalanan sejarah Malaysia dengan menggabungkan kekayaan warisan bangunan ikonik negara dengan kemodenan menara Merdeka 118 yang melambangkan kemajuan dan kemodenan Malaysia.
‘Jiwa Merdeka’ lebih daripada pameran seni, ia adalah naratif yang menghubungkan masa lalu, masa kini dan masa depan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Artis kelahiran Negeri Sembilan ini terkenal di Malaysia kerana representasi seni bina sejarah yang terperinci dan membangkitkan ingatan, khususnya rumah kedai lama dan pemandangan jalanan di Kuala Lumpur, Melaka dan Pulau Pinang.
Pameran Jiwa Merdeka akan dibuka kepada orang ramai setiap hari kecuali Ahad dari pukul 11 pagi hingga 6 petang dan kemasukan adalah percuma.
-- BERNAMA