Good Foodie Media Tawar 20 Platform Digital Tempatan Mudahkan Urusan Harian
KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- Perkembangan pesat teknologi digital di Malaysia mencerminkan ekosistem yang semakin matang dengan rakyat kini selesa menggunakan pelbagai aplikasi tempatan untuk menguruskan urusan harian.
Seiring dengan trend itu, Good Foodie Media (foodiemedia.com) tampil menawarkan 20 platform digital tempatan yang dibangunkan bagi memudahkan kehidupan masyarakat moden.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Pinn Yang berkata pihaknya berbangga dapat menjadi sebahagian daripada transformasi tersebut melalui penyediaan aplikasi yang mesra pengguna dan relevan dengan keperluan seharian.
“Kami percaya setiap rakyat Malaysia berhak menikmati akses digital yang mudah, mesra pengguna dan relevan dengan kehidupan mereka. Sebab itu, daripada Foodie.my hingga Goie.com, setiap platform yang kami bangunkan mempunyai satu tujuan sama iaitu memberi nilai sebenar kepada masyarakat.
“Sama ada mencari tempat makan, merancang bajet, memantau cuaca atau merancang perjalanan, semuanya kini boleh dilakukan hanya dengan beberapa klik,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Pinn Yang berkata melalui Foodie.my, orang ramai boleh menikmati panduan kulinari menyeluruh, manakala Kalculator.my menyediakan kalkulator kewangan untuk membantu membuat keputusan lebih bijak.
“WeatherToday.my pula membekalkan ramalan cuaca tepat, dan WaktuSolat.info memastikan umat Islam sentiasa peka dengan jadual solat terkini.
“Bagi mereka yang mencari inspirasi dan ilmu kewangan, Rezeki.co tampil dengan artikel keusahawanan dan pelaburan, manakala pelabur emas pula boleh mengikuti pasaran semasa melalui GoldPrice.com.my,” katanya.
Menurutnya, bagi meningkatkan produktiviti kerja, Alat.my menawarkan pelbagai alat digital, manakala Impian.co menyediakan ruang untuk aspirasi dan pembangunan diri.
“Dari sudut pelancongan dan gaya hidup, VisitMalaysia.com.my boleh menjadi rujukan utama destinasi menarik di seluruh negara, sementara Goie.com pula menyenaraikan acara hiburan, konsert dan festival untuk golongan muda serta keluarga,” katanya.
Pinn Yang berkata kehadiran 20 platform digital ini jelas membuktikan warga Malaysia semakin selesa dengan solusi teknologi tempatan yang praktikal, mudah diakses dan bermanfaat dalam kehidupan seharian.
“Ia bukan sekadar laman web atau aplikasi, tetapi satu gaya hidup digital baharu yang membentuk wajah moden negara,” katanya yang juga pengasas beberapa portal gaya hidup dan berita antaranya penangfoodie.com, klfoodie.com dan travelrookie.my.
-- BERNAMA