Tempahan Penuh Menjelang Syawal, Khidmat Cuci Rumah Jadi Pilihan
Oleh Mohd Afiq Zulkifli
KUALA LUMPUR, 15 Mac (Bernama) -- Permintaan terhadap perkhidmatan cucian rumah meningkat ketara menjelang Aidilfitri apabila ramai memilih menggunakan khidmat profesional bagi memastikan kediaman keluarga bersih dan selesa sebelum menyambut tetamu pada hari raya.