Terdapat 13 berita berdasarkan carian " kehidupan"

Galeri Tsunami Kuala Muda Abadikan Tragedi 2004

Oleh Norhidayyu Zainal

SUNGAI PETANI, 18 Jun (Bernama) -- Walaupun tragedi tsunami yang melanda Kuala Muda dekat sini berlaku lebih dua dekad lepas, kesannya terhadap penduduk setempat masih kekal terpahat dalam ingatan dan dapat dilihat hingga hari ini menerusi Galeri Tsunami Kuala Muda.

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Oleh Mohd Afiq Zulkifli

KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Kisah pengorbanan seorang ibu yang sanggup melakukan apa sahaja demi melindungi anaknya menjadi faktor utama yang menarik minat pelakon Indonesia, Aghniny Haque untuk membintangi filem seram psikologi Khadam.

Aktiviti Teroka Hutan Dekatkan Kanak-kanak Dengan Alam Semula Jadi

Oleh Norhidayyu Zainal

PUCHONG, 11 Jun (Bernama) -- Ketika kebanyakan ibu bapa memilih taman permainan atau pusat beli-belah sebagai destinasi hujung minggu, seorang guru tadika mengambil pendekatan berbeza dengan membawa kanak-kanak meneroka alam semula jadi melalui aktiviti mendaki dan eksplorasi hutan.

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden

Oleh Norhidayyu Zainal

SUNGAI PETANI, 9 Jun (Bernama) -- Dalam era urus niaga digital yang semakin pantas, sebuah tradisi perdagangan berusia puluhan tahun di Kuala Muda  kekal hidup menerusi satu amalan yang bertentangan dengan kebiasaan zaman moden iaitu berbisik.

'Jejari Emas' Bukti Usia Bukan Penghalang Hasilkan Antologi Cerpen

Oleh Wartawan Bernama Lifestyle

KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Bermula dengan perbualan santai ketika bercuti, sekumpulan penulis warga emas membuktikan faktor usia bukan penghalang untuk berkarya apabila berjaya menghasilkan Antologi Cerpen Jemari Emas: Jambangan Pelangi dalam tempoh kurang setahun.

Didikan Sharifah Aini Bentuk Shiha Zikir Jadi Wanita Kental

Oleh Marfika Adnan Haris Fadzilah

KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) -- Walaupun sudah lebih sedekad Biduanita Negara Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini kembali ke rahmatullah, titipan nasihat dan didikan legenda seni itu masih menjadi pegangan penyanyi Shiha Zikir dalam mengharungi pasang surut dunia hiburan.

Bawa 'Kata Hati' Ke Layar Perak, Pengarah Mahu Cipta Semula Magis Romantik Komedi

Oleh Nurhafizah Tan

KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) -- Selepas sekian lama tenggelam di sebalik dominasi filem aksi dan seram, genre komedi romantik kembali menghiasi layar perak tempatan menerusi filem Kata Hati yang akan ditayangkan di seluruh negara bermula esok dengan membawa nafas lebih segar.

Karya Kreatif Mampu Perkukuh Perpaduan, Raikan Kepelbagaian

Oleh Wartawan Bernama Lifestyle

KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) -- Industri filem tempatan mempunyai potensi besar dan wajar terus disokong, khususnya dalam memperkasakan suara kreatif yang mencerminkan realiti, nilai serta aspirasi masyarakat Malaysia.

Di Sebalik Cabaran Pembangunan, Warisan Lembah Bujang Terus Dirungkai

Oleh Norhidayyu Zainal

SUNGAI PETANI, 1 Jun (Bernama) -- Di sebalik nilai sejarahnya yang besar, Lembah Bujang di sini masih berdepan pelbagai cabaran dalam usaha memelihara tinggalan arkeologi, termasuk pembangunan di kawasan bersejarah serta salah faham berkaitan pemuliharaan candi.

Lembaran Baharu NJWA

Oleh Marfika Adnan Haris Fadzilah

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Selepas beberapa tahun memperlahankan rentak dalam industri muzik tanah air, penyanyi dan komposer NJWA membuka lembaran baharu dalam perjalanan seninya dengan fasa lebih matang, termasuk perancangan untuk melahirkan karya baharu.

Ernie Zakri Pertaruh Sisi Misteri Menerusi ‘Tak Berlagu’

Oleh Wartawan Bernama Lifestyle

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Jika sebelum ini suaranya sering mengiringi kisah cinta dan kehilangan, kali ini penyanyi popular Ernie Zakri membawa pendengar meneroka sisi berbeza menerusi single terbaharunya Tak Berlagu yang juga lagu tema filem seram Khadam.

Ibadah Korban Dalam Talian Semakin Jadi Pilihan Umat Islam

Oleh Norhidayyu Zainal

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Suasana Aidiladha hari ini tidak lagi hanya tertumpu kepada menghadiri solat sunat di masjid pada awal pagi, menyaksikan ibadah penyembelihan atau mengagihkan sendiri daging korban kepada jiran dan golongan memerlukan.