UTP Lancar Pusat Gamelan Melayu, Perkukuh Warisan Seni
Oleh Wartawan Bernama Lifestyle
KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) terus memperkukuh komitmennya dalam memelihara seni warisan negara menerusi pelancaran UTP Gamelan Melayu Centre bersempena dengan penganjuran festival Ensemble of Gamelan (EOG) 2026 pada Sabtu lepas.