Songket Kelantan, Kelingkan Kian Terancam, MCC Bangunkan Generasi Artisan Pelapis
Oleh Wartawan Bernama Lifestyle
KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Pertubuhan Kraf Malaysia (MCC) mempergiat usaha menyelamatkan warisan tekstil tradisional negara yang semakin terancam menerusi penganjuran The Textile Project Soirée, iaitu acara kemuncak inisiatif pemuliharaan seni kraf tempatan.